Trending

Pekerja kilang Taiyo maut kemalangan motosikal di Jalan Padawan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang pekerja kilang Taiyo disahkan maut setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis MPV Toyota Wish di Jalan Padawan, Kampung Mundai, di sini, semalam.

Kemalangan difahamkan berpunca apabila motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan MPV yang bergerak lurus dari arah Kuching menuju ke Padawan.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 9.30 malam.

Beliau mengesahkan kejadian berpunca setelah motosikal mangsa bergerak ke arah Kuching masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah kenderaan jenis MPV.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan daripada Hospital Umum Sarawak(HUS) akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa (penunggang) dikenali sebagai Winston Keyon berusia 18 tahun dan beralamat di No 54, Kampung Subang, Jalan Padawan, 93250, Kuching,” jelasnya menerusi satu kenyataan semalam.

Tambahnya, pemandu wanita kenderaan MPV, 41, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Susulan itu, katanya, mayat mangsa telah dibawa ke HUS untuk tindakan lanjut manakala kedua-dua kenderaan terbabit kemalangan dibawa ke Balai Trafik Padawan untuk pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia.

Ujarnya, kes kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1. HANCUR… Motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang mangsa ketika kejadian hancur teruk di bahagian hadapan

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru