ARTIKEL

Fadillah ketika sesi forum sempena Persidangan Bajet Sarawak 2026 di BCCK, hari ini. - Foto Ramidi Subari

Pelabuhan Bintulu dioptimumkan operasi hubungkan Kalimantan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi Pelabuhan Bintulu akan dioptimumkan dengan menghubungkannya ke Kalimantan yang dilihat sebagai laluan perdagangan utama di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah menjalankan kajian berkaitan perkhidmatan rel bagi menghubungkan bukan sahaja Sarawak ke Sabah, malah turut melibatkan Kalimantan.

“Dengan itu, semua barangan dari Kalimantan dapat disalurkan melalui Pelabuhan Bintulu. Jadi, sememangnya terdapat potensi yang besar.

“Inilah antara bidang yang sedang kami teliti. Kajian tersebut telah dijalankan dan diharapkan sekiranya perkara ini dapat direalisasikan, Pelabuhan Bintulu akan menjadi salah satu pelabuhan yang mampu memasarkan semua produk dari seluruh wilayah Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi forum bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sempena Persidangan Bajet Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata inisiatif tersebut telah diluluskan dan kini berada di bawah penyelarasan Kementerian Pengangkutan Sarawak.

“Lokasi kajian telah diluluskan dan kajian tersebut sedang dijalankan,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU