ARTIKEL

ANWAR Ibrahim berucap pada Program Sentuhan Kasih MADANI dar da Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030. Bernama

Pelabur AI intai pasaran Sarawak, Semenanjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa seorang pelabur global berhasrat melaksanakan pelaburan bernilai AS$50 bilion (RM204 bilion) dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan pusat data di Sarawak serta Semenanjung.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan pelabur berkenaan menerusi sidang video bersama-sama dengan pelabur berkenaan disifatkan beliau sebagai antara yang terbesar di rantau ini.

Anwar menyatakan pelaburan dalam sektor teknologi berkenaan berpotensi membuka peluang pekerjaan baharu yang lebih baik kepada rakyat, khususnya generasi muda termasuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Hari Selasa lepas, seorang daripada pelabur terbesar di dunia, mengatakan sidang video dengan saya. Dia kata dia sudah pilih Sarawak, Kuching dan Semenanjung untuk membangunkan pelaburan di antara pelaburan terbesar di rantau ini, AS$50 bilion.

“Dalam bidang apa? Dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu, pusat data. Maknanya anak-anak yang di pusat pengajian tinggi sekarang, di sekolah, harus ingat peluang baharu ada, peluang pekerjaan lebih baik,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih MADANI dan Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NACPL30) di Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka, yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Perdana Menteri menyifatkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia perlu dipelihara menerusi kestabilan politik dan kepimpinan negara, selain memastikan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan.

Anwar menegaskan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama merupakan antara kekuatan Malaysia yang perlu dimanfaatkan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.

“Kalau orang tidak yakin dengan kerajaan ini, kalau pimpinan tu asyik bergaduh terus, orang tidak akan berminat untuk datang,” menurut beliau.

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia perlu terus memperkukuh penguasaan teknologi baharu khususnya AI, pendigitalan dan semikonduktor bagi memastikan negara mampu mencatat pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Katanya, usaha meningkatkan latihan dan kemahiran tenaga kerja juga penting bagi membolehkan Malaysia beralih daripada aktiviti teknologi di sebalik sistem kepada segmen pertengahan dan peringkat berinteraksi dengan pengguna yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kejayaan menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan lebih baik dan peningkatan taraf hidup rakyat.-Bernama

BERITA LAIN

Pembiayaan strategik MARA pacu ekonomi bumiputera

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkukuh pendekatan pembiayaan strategik dalam sektor pendidikan dan keusahawanan bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kemahiran selain

Marrybrown tembusi pasaran global

JOHOR BAHRU: Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan

BERITA TERBARU

KPDN Sita 5,801 Mainan Squishy Bernilai RM70,428

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 5,801 unit mainan span lembut atau squishy bernilai RM70,428 menerusi penguatkuasaan di seluruh negara kerana gagal