KUALA LUMPUR: Wujudnya persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan tumbang pada Ogos ini menyebabkan para pelabur asing takut untuk melabur di Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, walaupun kunjungan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ke Hong Kong baru-baru ini dilihat positif, namun ada dalam kalangan pelabur memaklumkan masih menilai kestabilan Kerajaan Perpaduan selepas dakwaan beliau akan dijatuhkan.
“Ada orang kata Ogos ini mungkin Anwar dijatuhkan, jadi pelabur tunggu Ogos dulu. “Pelabur kata, kalau Anwar masih memimpin dan kerajaan masih stabil, mereka lebih yakin.
“Tetapi kalau ganti orang lain, dia tarik balik pelaburan,” katanya pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di Nilai, pada Sabtu.



