ARTIKEL

BERCAKAP... Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Pelaburan DDI, FDI Sarawak cecah RM11 bilion setakat September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI) Sarawak mencatat peningkatan drastik apabila merekodkan lebih RM11 bilion setakat September lalu.

Berbanding tahun lalu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengesahkan perolehan bagi kedua-dua pelaburan hanya mencatat sekitar RM32 juta.

“Ini adalah pelaburan persidangan multinasional dari negara-negara luar dan juga dari dalam negara kita sendiri.

“Apa yang harus kita lihat terutama sekali peluang-peluang yang ada pada pelaburan-pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Program Bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Edisi Sarawak 2023 di Hotel Margherita, pada Jumaat.

Menurutnya, panel solar menjadi penyumbang terbesar pelaburan sambil diikuti Industri teknologi tinggi Sama Jaya, semi konduktor dan lain-lain industri.

Justeru, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) menggesa agar usahawan tempatan mengambil peluang dalam menumpukan beberapa komponen utama produk yang dihasilkan oleh industri di negeri ini.

Selain itu, beliau menegaskan agar para usahawan mendedahkan diri dengan lebih proaktif menggunakan platform baharu (teknologi digital) dalam mengembangkan perniagaan.

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Hari keterubah richah

SRI AMAN: Kompleks Lumba Sri Aman kemari richah laban mensia mayuh udah belabuh ngelawa Program Sarawakku Sayang (SKS) Sri Aman ti diatur tiga hari berunggu