ARTIKEL

Pelaburan RM40 juta pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Crestview Development Sdn. Bhd. semalam memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Keuskupan Agung Kuching bagi cadangan pembangunan kampus Sekolah Swasta St Joseph, Tan Sri Yee Ming Seng Campus di Marina Peninsula, Kota Samarahan, yang melibatkan pelaburan kira-kira RM40 juta.

Majlis pemeteraian itu menandakan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam merealisasikan pembinaan sebuah sekolah swasta yang bakal menjadi antara komponen utama pembangunan Marina Peninsula, sebuah perbandaran bersepadu berkeluasan kira-kira 400 ekar di sini.

Wakil Crestview Development Sdn. Bhd., Dr Choo Chung Ho berkata, pendidikan merupakan antara tonggak utama dalam pelan pembangunan Marina Peninsula yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembinaan kediaman, malah turut merangkumi kemudahan kesihatan, pendidikan, komersial, peruncitan dan rekreasi.

“Kerjasama ini mencerminkan visi bersama untuk membangunkan persekitaran pendidikan yang mampu melahirkan generasi cemerlang, menggalakkan inovasi serta mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berubah.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Keuskupan Agung Kuching bagi meneruskan legasi kecemerlangan St Joseph yang sekian lama dikenali sebagai antara institusi pendidikan paling dihormati di Kuching,” katanya pada majlis berkenaan di sini semalam.

Tambah beliau, projek berkenaan melibatkan pembinaan kampus sekolah rendah dan menengah yang direka khas dengan cadangan 38 bilik darjah, merangkumi 18 bilik darjah sekolah rendah dan 20 bilik darjah sekolah menengah.

Beliau berkata, kampus baharu itu akan berteraskan falsafah pembelajaran The Learning Confluence – Knowledge, Discovery, Expression and Motivation bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeluruh kepada para pelajar.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Keuskupan Agung Kuching, Lembaga Pengurusan St Joseph Private School, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta semua pihak yang menjayakan pemeteraian MoU tersebut.

Beliau turut mengiktiraf sokongan RHB Commercial Sarawak selaku bank utama projek yang telah memberikan keyakinan terhadap pembangunan Marina Peninsula sejak peringkat awal pemerolehan tanah sehingga pelaksanaan kerja-kerja pembangunan.

“Kerjasama yang dimeterai ini mencerminkan komitmen bersama bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan antara pelaburan paling penting bagi membentuk masa depan generasi akan datang,” katanya.

Majlis pemeteraian MoU itu disaksikan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr Les Met, yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli, serta Pengerusi merangkap Uskup Agung Kuching, Most Reverend Dato Dr Simon Poh Hoon Seng

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka