ARTIKEL

Abang Johari menyempurnakan simbolik perasmian Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS) 2025, Hotel Riverside Majestic, di sini, malam tadi. FOTO UKAS

Pelaburan tenaga buka laluan pekerjaan gaji lumayan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kawalan terhadap tarif tenaga elektrik menjadikan Sarawak lebih berdaya saing dalam menarik pelaburan asing sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat di negeri ini.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri ini mempunyai kekuatan daripada sumber tenaga boleh diperbaharui yang dapat mengekalkan tarif elektrik pada kadar lebih rendah berbanding pesaing lain.

Abang Helmi (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari. FOTO UKAS

“Kekuatan Sarawak ini adalah pada sumber tenaga, kita dapat menumpukan ekonomi dengan mengawal harga tenaga dari segi tarif.

“Jadi, kita sendiri yang menentukan tarif dan kos kuasa elektrik. Apabila kos kita lebih murah jika dibandingkan dengan pesaing, maka pelaburan akan datang ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS) 2025 di Hotel Riverside Majestic, di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut, Abang Johari menambah, Sarawak bertuah kerana memiliki banyak sumber air seperti sungai yang dapat dijadikan sumber tenaga hidro sekali gus memberi jaminan bekalan yang stabil dan lestari.

Berbeza dengan negara lain seperti Mesir, katanya, mereka perlu berkongsi Sungai Nil dengan Afrika tetapi Sarawak mempunyai kelebihan kerana menguasai sepenuhnya sumber tenaga air sendiri.

“Dengan adanya sumber tenaga hidro, solar dan hidrogen, kita akan sentiasa mempunyai tenaga. Inilah yang dinamakan kelestarian dalam konteks kuasa tersebut dan inilah yang kita guna untuk membangunkan negeri kita.

“Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta Sarawak menjadi hab tenaga ASEAN,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu selain digunakan untuk kegunaan sendiri, lebihan tenaga juga boleh dijual ke negara lain sekali gus meletakkan Sarawak sebagai salah satu hab tenaga ASEAN Grid.

Menurutnya, negeri ini sudah mempunyai pelan tenaga hijau dengan gabungan hidro, solar, storan bateri serta teknologi pam hidro yang melengkapi keupayaan tenaga sedia ada termasuk hidrogen.

“Dahulu, ketika saya bercakap mengenai hidrogen, ada yang bertanya bagaimana Sarawak hendak mengeluarkannya? Benar, pada peringkat awal memang mahal, tetapi kita di Sarawak kini sudah boleh menghasilkan 130 kilogram (kg) sehari melalui proses elektrolisis air.

“Kini saya melihat di Siemens, Berlin pula mereka mampu mengeluarkan 350 kg sejam kerana teknologinya sudah maju. Para saintis mengatakan bahawa hidrogen adalah sumber tenaga paling bersih,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa kekuatan Sarawak terletak pada tenaga, dan dengan kawalan terhadap kuasa serta tarif, pelaburan akan terus masuk ke negeri ini.

“Apabila pelaburan datang, pekerjaan akan diwujudkan dan ia mestilah pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Sebab itu, kita menumpukan pembangunan tenaga dalam jurusan-jurusan berasaskan gas, petrokimia dan seterusnya ke bidang semikonduktor,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,