ARTIKEL

Gambar Hiasan Foto: Bernama

Pelajar akan fokus belajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMANSUHAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksan Taksiran Tingkatan Tiga (PT3) mendatangkan kebimbangan akan prestasi akademik murid-murid kini.

Kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan pada tahun 2021, yang tidak lagi menumpukan kepada keputusan sahaja.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa murid-murid ketika ini gagal menguasai pembelajaran yang diajar di sekolah. Ketiadaan peperiksaan ini membuatkan mereka tidak berdaya saing dan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan.

Malah, murid-murid seakan acuh tak acuh kerana tiada sasaran untuk dicapai kerana tiada lagi peperiksaan tersebut.

Ini seolah-olah mereka berada di awang-awangan dan tiada persediaan, khususnya bagi murid tahun enam yang melangkah ke alam sekolah menengah dan begitu juga pelajar tingkatan tiga.

Maka, dengan pemansuhan dua peperiksaan tersebut, murid-murid ini seolah-olah tiada matlamat dan sasaran untuk belajar — datang ke sekolah hanya untuk berseronok dan bermain.

Ini sekali gus, mendatangkan masalah kepada guru yang mengajar ekoran muridnya seolah-olah tidak memahami pengajaran dan pembelajaran sebelum ini.

Dengan Sarawak bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan UPSR untuk murid tahun enam di semua sekolah kerajaan di negeri ini, ia wajar dilaksanakan.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, langkah itu sedang diteliti kerana pihaknya percaya, ujian itu penanda aras sebenar untuk menilai prestasi pelajar.

Memetik laporan berita, beliau berkata, perkara itu juga amat penting bagi menentukan aliran mana harus ditempatkan pelajar terbabit apabila memasuki pendidikan menengah.

Mengulas lanjut, Sagah berkata, terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk menetapkan pendirian berhubung isu itu.

“Tetapi bagi kita di Sarawak, kita akan mengusahakan sesuatu untuk mewujudkan sistem penilaian kita sendiri,” katanya.

Justeru itu, sistem penilaian terhadap murid tahun enam ini wajar dilaksanakan agar mereka mempunyai matlamat dan daya saing dalam diri sendiri serta satu sama lain.

Peperiksaan mahupun penilaian ini akan menjadi pendorong kepada murid untuk lebih berusaha, rajin dan fokus.

Tanpa peperiksaan, muridmurid menjadi acuh tak acuh, bagaikan pertandingan berlari 100 meter, namun tiada garisan penamat.

Pendek kata, muridmurid ini tiada pengalaman menduduki peperiksaan kerana peperiksaan hanya dialami selepas 11 tahun bersekolah.

Justeru, sistem penilaian yang hendak diadakan di Sarawak perlu dilaksanakan agar murid di negeri ini berdaya saing, rajin, lebih berusaha dan fokus akan pengajaran dan pembelajaran.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha