ARTIKEL

Aidel merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir dalam Ekspo Pendidikan Daerah Sebuyau 2025 di Dewan Pembangunan Sebuyau, di sini semalam. FOTO UKAS

Pelajar digalak rebut peluang biasiswa Yayasan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak terus memperkukuh kualiti modal insan dengan menyediakan laluan pendidikan serta peluang penajaan kepada anak-anak Sarawak, khususnya dari luar bandar.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo berkata, Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 yang dilancarkan secara serentak di 30 Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negeri, termasuk di Sebuyau bagi daerah Simunjan, bertujuan menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan di Sarawak.

“Ekspo ini juga menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta membuka ruang kepada mereka untuk mengenali laluan akademik dan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi dan Yayasan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak sentiasa memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau luar negara.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasa kualiti modal insan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Sri Julaihi Narawi, pada perasmian Ekspo Pendidikan Daerah Sebuyau 2025 di Dewan Pembangunan Sebuyau, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pelajar cemerlang SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Dua pelajar cemerlang SPM menerima sijil penghargaan dan sijil simpanan premium bernilai RM500 setiap seorang, manakala 10 pelajar cemerlang STPM menerima sijil penghargaan serta sijil simpanan premium bernilai RM700 setiap seorang.

Selain itu, Yayasan Sarawak turut menyumbangkan RM230,400 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan untuk bantuan pakaian seragam sekolah serta RM50,400 bagi pelaksanaan program pendidikan di daerah berkenaan.

Ekspo ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ceramah motivasi pembinaan kerjaya, ceramah peluang penajaan Yayasan Sarawak serta ceramah mengenai peluang melanjutkan pengajian ke institusi dalam dan luar negeri.

Ekspo ini juga memberi pendedahan mengenai bantuan penajaan pendidikan dan biasiswa yang disediakan oleh Yayasan Sarawak, selain menyaksikan pelancaran serentak secara dalam talian bersama Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu.

Beliau turut menyarankan pelajar supaya memanfaatkan peluang pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak.

Pelajar digalak rebut peluang biasiswa Yayasan Sarawak, Ekspo Pendidikan Sebuyau, Yayasan Sarawak, Peluang pendidikan luar bandar

Aidel menyampaikan penghargaan kepada pelajar cemerlang. FOTO UKAS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha