ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat | Bernama

Pelajar kolej ditemukan mati di rumah keluarga, disyaki dibunuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar wanita sebuah kolej disyaki dibunuh ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, dekat sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada bapa mangsa pada 11.55 pagi yang menemukan anak perempuannya yang berusia lingkungan 20-an dalam keadaan sedemikian.

“Pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi Hospital Serdang.

“Punca kematian disahkan akibat pendarahan di sekeliling hyoid bone (tulang leher), manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan daripada manual strangulation (cekik),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun ketika kejadian pelajar itu berada di rumah seorang diri.

“Rumah terbabit adalah milik keluarga dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan,” katanya.

Wan Azlan berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

“Mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat ASP Zainol Aazizi Abu Bakar di 013-3227632,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha