Pelajar Kolej Komuniti terima sumbangan mesin jahit

KUCHING: Lima pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Kuching menerima mesin jahit disumbangkan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) melalui Unit Keusahawanan dan Alumni, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK.

Mereka merupakan sebahagian daripada 79 pelajar Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang terpilih menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PSJKM sempena Majlis Meraikan Kejayaan Pembukaan 100 Kedai The Tunku Azizah Handmade Market Online yang diadakan secara dalam talian semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj selaku Penaung PSJKM.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini

Suara Sarawak