ARTIKEL

Pelajar, pendidik di Sarawak digalak manfaatkan AI secara bijak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelajar dan pendidik di Sarawak digalakkan untuk mengguna pakai alat kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, alat seperti ChatGPT dan DeepSeek kini sedang mengubah cara manusia belajar, bekerja dan berkomunikasi di seluruh dunia.

“AI tidak seharusnya menggantikan usaha manusia, sebaliknya dimanfaatkan untuk memperkasa kreativiti, rasa ingin tahu dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar serta guru.

“Kepada semua pelajar, teruskan bercita-cita tinggi. Banggalah dengan pencapaian anda, namun kekallah rendah hati dan dahagakan ilmu.

“Dan kepada semua pendidik, legasi anda terus hidup dalam setiap insan yang anda sentuh. Semoga anda terus menyemai kecemerlangan di mana jua anda berada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai semasa majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Arang, di sini, hari ini.

Dr Sim turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar cemerlang SPM 2024, menyifatkan kejayaan mereka sebagai hasil disiplin, pengorbanan serta sokongan guru dan ibu bapa.

Beliau turut mengingatkan bahawa hari ini bukanlah penamat, sebaliknya batu loncatan menuju cita-cita lebih besar serta sumbangan masa depan kepada masyarakat.

“Keputusan anda bukan satu kebetulan. Ia mencerminkan iltizam, fokus dan kematangan anda. Hari ini kita meraikan bukan sahaja kejayaan, tetapi juga ketabahan,” jelasnya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan kebanggaan terhadap sumbangan Sarawak di peringkat global, antaranya dengan menyebut Dr Diana Foo dari Hospital Umum Sarawak yang dinobatkan sebagai Pemimpin Muda oleh Persekutuan Jantung Sedunia.

Dr Sim turut menyentuh pengiktirafan Pusat Jantung Sarawak sebagai antara 100 hospital terbaik di Asia Pasifik oleh Newsweek, sebagai bukti bahawa kecemerlangan tempatan adalah satu realiti.

“Kita telah membuktikan bahawa di tengah hutan Borneo sekalipun, kejayaan bertaraf dunia boleh dikecapi berbekalkan semangat dan iltizam rakyat kita,” ujarnya.

Sempena sambutan Hari Guru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa itu menyifatkan para guru sebagai pembimbing, pemangkin semangat dan pembentuk sahsiah, yang membina generasi akan datang melebihi aspek akademik semata-mata.

“Khidmat anda amat penting dalam kemajuan masyarakat kita. Terima kasih atas dedikasi murni dan pengorbanan yang tidak ternilai,” katanya kepada para guru yang hadir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan