ARTIKEL

Pelajar perempuan cedera diugut perogol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima cedera di belakang badan akibat terkena pisau lipat yang digunakan seorang lelaki bagi mengugutnya supaya menarik balik laporan polis berhubung kes rogol membabitkan mereka sebelum ini.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, 33, kejadian berlaku sekitar jam 6.10 pagi semalam di parkir kereta Blok A, MJC ketika hendak menghantar anaknya ke sekolah apabila mereka ditahan oleh suspek yang juga merupakan adik iparnya.

Katanya suspek yang berusia 39 tahun dan tidak bekerja itu, kemudian mengacukan pisau sambil mengugut mahu mencederakan anaknya sekiranya mereka tidak mengikut suspek ke rumahnya di Taman Desa Wira, Batu Kawa.

Aidil berkata apabila sampai di rumah, suspek telah membawa mangsa keluar dari dari kereta sebelum mereka bergelut, kerana mangsa cuba melarikan diri sebelum suspek kemudian ditangkap dengan bantuan orang ramai di kawasan perumahan terbabit dan diserahkan kepada polis.

“Tujuan suspek adalah mahu berbincang dengan mangsa dan ibunya supaya menarik balik kes rogol yang dibuat sebelum ini tetapi mereka tidak mahu,” katanya ketika  dihubungi, hari ini.

Menurut Aidil, suspek telah dikenakan empat pertuduhan merogol mangsa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, selepas mangsa dan ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Betong pada tahun 2017.

Kes berkenaan masih dalam perbicaraan dan suspek telah membayar ikat jamin.

Katanya suspek kini sudah direman empat hari sehingga 23 Jun dan pertuduhan akan dibuat di mahkamah dalam minggu ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha