ARTIKEL

Pelajar Tingkatan Tiga kantoi curi tabung masjid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditangkap kerana mencuri tabung sebuah surau di Kampung Dalam Pupuh di sini semalam.

Suspek berusia 15 tahun itu dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.40 pagi itu disedari oleh penjaga surau tersebut.

“Semasa kejadian, pengadu telah ternampak sebuah basikal di tepi surau dalam keadaan mencurigakan.
Hasil siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan kegiatan pecah tabung masjid dan surau sejak bulan September lalu.

Kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara selama tempoh sehingga sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha