ARTIKEL

Pelajar universiti dekati komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

FAKULTI Perladangan dan Agroteknologi UiTM Sarawak bersama-sama mahasiswa Persatuan Agrovarsity UiTM baru-baru ini menganjurkan Program Jangkauan Komuniti di Sekolah Kebangsaan St. Bartholomew, Nanga Graji di sini.

Jurucakap penganjur memaklumkan, objektif utama program ini adalah untuk mendekatkan mahasiswa UiTM dengan komuniti setempat selain berkongsi pengetahuan tentang asas aktiviti pertanian kepada murid-murid di sekolah berkenaan.

Menurutnya, dengan adanya aktiviti seperti pengenalan kepada kaedah penanaman hidroponik dan pameran tentang makhluk perosak, aktiviti STEM, aktiviti penanaman pokok bunga dengan bahan terbuang, penanaman pokok di kawasan sekolah dan sesi motivasi akan mampu membuka minda murid-murid di SK St. Bartholomew tentang ilmu asas pertanian.

“Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat menarik minat murid-murid untuk menceburi bidang pertanian atau pengurusan perladangan kelak.

“Program ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid tahun enam dengan peluang pendidikan yang luas seperti MRSM, sekolah berasrama penuh dan seterusnya peluang belajar di UiTM.

“Justeru itu, dengan adanya program jangkauan komuniti yang berlangsung selama tiga hari ini, akan mampu memberikan impak positif kepada murid di SK St. Bartholomew,” katanya.

Baca lain  Belajar bahasa lain tidak semestinya lupa bahasa Melayu

Jelasnya lagi, program ini juga melibatkan ibu bapa pelajar SK St. Bartholomew dan penduduk kampung dalam sesi pemindahan ilmu.

Sesi pengisian ilmu bersamasama penduduk kampung katanya, juga mendapat sambutan baik daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sarawak, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Industri Perkayuan Sarawak (PUSAKA), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan juga UiTM Sarawak.

Pihak PUSAKA berkongsi berkaitan industri buluh di Sarawak dan menyumbang 100 polibeg anak buluh Betong (Dendrocalamus asper) manakala pihak Lembaga Lada berkongsi berkaitan industri lada dengan penduduk kampung.

Jabatan Pertanian pula berkongsi mengenai bantuan yang boleh di salurkan kepada petani.

Manakala RISDA memberi taklimat berkaitan industri getah dan menyumbang 30 anak pokok getah manakala Jabatan Hutan menyumbang 50 anak pokok hutan dan buah-buahan.

Pihak penganjur juga berkongsi kursus dan syarat kemasukan pelajar ke UiTM selain turut menyumbang 50 anak pokok buah-buahan untuk penduduk kampung.

“Program ini mendapat maklum balas yang baik daripada pihak sekolah dan penduduk kampung.

Baca lain  ICQS Tebedu bakal dibangunkan

Murid-murid juga teruja mendapat informasi tambahan berkaitan sains pertanian.

“Penduduk kampung yang diketuai oleh Tuai Rumah David Jingan juga berbesar hati menerima kunjungan rombongan kali ini, apatah lagi dengan penglibatan banyak agensi.

Mereka berharap program seperti ini dapat dianjurkan pada masa hadapan,” katanya.

Program anjuran Persatuan Agrovarsity iaitu mahasiswa program Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan ini dirasmikan oleh Ketua Pusat Pegajian Perladangan dan Sains Kesihatan Prof Madya Ts. Dr Abdul Rahman Saili mewakili Rektor UiTM Sarawak.

Guru Besar SK St. Bartholomew, Britt Martin Gana dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Marylyne Aji turut hadir.

Program ini turut disertai pensyarah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi iaitu Ahmad Shahir Abdul Aziz, Dr Sharifah Mazenah Wan Yusuf, Zubaidah Yusop dan Mohamad Zulfikar Kamil yang membantu perjalanan program yang dianjurkan oleh mahasiswa. 

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan