ARTIKEL

Sarawak semakin hampir merealisasikan aspirasinya sebagai peneraju utama sektor semikonduktor global di rantau in

Pelan besar industri semikonduktor dibentang kepada Premier Ogos ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus mengorak langkah ke hadapan dalam merealisasikan aspirasinya sebagai peneraju utama sektor semikonduktor global di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil berkata, pihaknya akan membentangkan rumusan strategik Sesi Sindikasi Semikonduktor Sarawak kepada Premier Sarawak pada 14 Ogos 2025.

Pembentangan yang akan dibuat bukan sekadar satu dasar, tetapi merupakan penggerak kepada pelaksanaan pelan semikonduktor Sarawak dan komitmen untuk mengangkat Sarawak menjadi Silikon Pusat Saraf Asia.

“Penubuhan Sarawak Silicon Longhouse akan menjadi antara inisiatif teras untuk memacu pembangunan infrastruktur kritikal merentasi segmen rantaian nilai,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan, inisiatif itu selari dengan aspirasi Premier Sarawak untuk memajukan negeri melalui inovasi, bakat dan dasar dalam sektor semikonduktor.

“Bagi merealisasikan visi ini, Abang Johari menyeru semua pihak untuk berganding bahu menggembleng usaha sama ada pemimpin industri, penyelidik, pelabur dan pembuat dasar ke arah memperkasakan pelan hala tuju sedia ada dengan pendekatan yang lebih responsif dan bersifat jangka panjang,” jelasnya.

Pelan hala tuju ini bakal menjadi pemangkin utama dalam mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menarik pelaburan strategik dan membina ekosistem inovasi bertaraf global.

“Ini akan membuka lembaran baharu dalam transformasi Sarawak ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing,” ujarnya. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November