ARTIKEL

Johnny Pang bersama-sama Voon dan wakil BDA meninjau keadaan Pasar Utama Bintulu yang memerlukan penambahbaikan.

Pelan komprehensif akan dirangka untuk hidupkan semula Pasar Utama Bintulu – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasar Utama Bintulu (PUB), suatu ketika dahulu menjadi nadi ekonomi dan pusat tumpuan masyarakat setempat, kini berdepan kemerosotan ketara apabila jumlah pengunjung semakin berkurang.

Prihatin dengan situasi tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, turun padang meninjau sendiri keadaan pasar berkenaan.

Johnny Pang bersama-sama Voon dan wakil BDA meninjau keadaan Pasar Utama Bintulu yang memerlukan penambahbaikan.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Bersatu Bintulu, Voon Chin Leong serta wakil Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Menurut Johnny Pang, walaupun beberapa isu teknikal seperti pencahayaan dan pendawaian elektrik diperbaiki, masalah utama yang masih membelenggu ialah kehadiran pengunjung yang semakin merosot berbanding dahulu,” katanya ketika ditemui media usai melakukan tinjauan mesra di PUB, pada Jumaat.

Johnny Pang bersama-sama Voon dan wakil BDA meninjau keadaan Pasar Utama Bintulu yang memerlukan penambahbaikan.

Tambah beliau, maklum balas yang diterima daripada peniaga dan orang awam menunjukkan perlunya pendekatan menyeluruh yang melangkaui pembaikan fizikal semata-mata.

Tinjauan mendapati antara punca utama yang menyumbang kepada keadaan tersebut ialah kemudahan infrastruktur yang semakin uzur, terutamanya di bahagian pasar basah.

Johnny Pang ketika ditemui media usai melakukan tinjauan mesra di Pasar Utama Bintulu, pada Jumaat.

Ramai peniaga terpaksa menggunakan kanvas sementara untuk berlindung, sekali gus menjejaskan keselesaan dan mencacatkan imej keseluruhan pasar.

Sehubungan itu, Johnny Pang mencadangkan agar pihak BDA mempertimbangkan kerja-kerja menaik taraf pasar secara menyeluruh termasuk pemasangan bumbung terlindung (awning) yang lebih moden dan tahan lama.

Beliau turut berharap agar inisiatif ini akan memberi nafas baharu kepada para peniaga serta menggalakkan semula kunjungan orang ramai ke pasar berkenaan seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha