ARTIKEL

Iskandar Turkee ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026), 2025 pada persidangan DUN Sarawak, hari ini. - Foto Ghazali Bujang

Pelan mitigasi banjir komprehensif diperlukan di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan perlu merangka pelan mitigasi banjir komprehensif di Bintulu bagi mengelak bencana besar yang berlaku pada awal tahun iaitu pada 29 Januari lalu daripada berulang.

ADUN Jepak Iskandar Turkee berkata, satu perancangan pelan tindakan jangka
pendek dan jangka panjang melibatkan Sungai Sebiew dan Kuala Batang Kemena perlu dilaksanakan segera.

Beliau berkata, antara tindakan jangka pendek yang perlu dilaksanakan ialah menaik taraf sistem perparitan usang kepada longkang monsun di Bintulu terutama di kawasan kampung dan perumahan berdasarkan peningkatan jumlah kampung dan taman perumahan.

Selain itu, melaksanakan penyelenggaraan sistem perparitan yang efektif dan berkualiti di kampung, perumahan serta rumah panjang setiap tahun serta penanda aras air banjir perlu diletakkan di kawasan jalan raya yang kerap dilanda banjir.

“Pemasangan pam monsun juga perlu kerana mampu mengelakkan banjir besar dan mengawal paras air daripada menjejaskan kediaman penduduk, dengan berperanan menyedut air melimpah dan mengalirkannya ke longkang monsun,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan
(2026), 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tambahnya, untuk tindakan jangka panjang, Sungai Sebiew dan Kuala Batang Kemena perlu diselenggarakan dengan melibatkan kerja-kerja penambahbaikan, pelebaran, pendalaman, dan penyelenggaraan berkala untuk mengatasi masalah banjir.

Pada masa yang sama, beliau berkata perancangan pembangunan kampung baharu atau taman perumahan diwajibkan dibina kolam takungan banjir yang berfungsi bagi menangani banjir disebabkan hujan luar biasa.

“Modus operandi kolam ini adalah untuk
mempercepat aliran air yang melimpah ke kolam bagi mengelakkan jalan raya dan penempatan penduduk dilanda banjir kilat.

“Selain itu, kolam ini juga boleh dijadikan sebagai pusat riadah dan rekreasi penduduk setempat,” katanya

Sementara itu, Iskandar berkata lebih banyak sekolah juga perlu dibina di Bintulu ekoran peningkatan populasi pelajar di sekolah rendah dan menengah.

Katanya berdasarkan data setakat 16 Oktober 2025, terdapat 26 buah sekolah rendah dengan jumlah pelajar 18,788 orang, manakala enam buah sekolah menengah dengan pelajar 14,023 orang, menjadikan keseluruhan pelajar seramai 33,962 orang.

“Populasi pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan menyebabkan beberapa buah sekolah terpaksa mengadakan dua sesi,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha