ARTIKEL

The 363 foot-high (110 meters) Apollo 13 Saturn V space vehicle lifts off 11 April 1970 from the Kennedy Space Center's launch complex with astronauts James A. Lovell Jr., John L. Swigers Jr. and Fred W. Haise Jr. on what was supposed to be the third NASA's manned lunar landing mission. After the explosion of the ship's oxygen tanks 13 April as it had passed into the moon's gravitational field the crew had to leave the command module and climb into the LEM (Lunar Exploration Module). The three astronauts used primitive celestial navigation techniques to determine where they were and how to get back to earth. Despite continued peril, their calculations worked and on 17 April 1970 Apollo XIII splashed down safely in the Pacific Ocean with all occupants intact. (Photo by AFP)

Pelancaran Apollo 13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELANCARAN Apollo 13 pada 11 April 1970 ialah satu momen yang terkenal dalam sejarah eksplorasi luar angkasa.

Apollo 13 ialah misi ketujuh dalam program Apollo yang dirancang untuk mendaratkan manusia di bulan, tetapi menjadi misi yang terkenal kerana kegagalannya dan kejayaan dalam mengatasi situasi darurat.

Pelancaran Apollo 13 dilakukan dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida, menggunakan roket Saturn V.

Terdapat tiga angkasawan yang terlibat dalam misi ini, iaitu James Lovell, John Swigert, dan Fred Haise.

Tujuan awal Apollo 13 adalah untuk mendaratkan angkasawan di permukaan bulan, khususnya di wilayah yang disebut ‘Fra Mauro’, untuk melakukan eksperimen ilmiah dan pengambilan sampel.

Namun, pada 13 April, dua hari setelah dilancarkan, berlaku ledakan pada salah satu tangki oksigen di modul layanan Apollo 13.

Perkara ini disebabkan kehilangan oksigen dan kerosakan pada sistem penjana serta sistem pembuangan karbon dioksida. Ledakan ini menyebabkan Apollo 13 gagal mendarat di bulan.

Setelah ledakan berlaku, angkasawan John Swigert melaporkan kepada pusat kawalan misi di Houston, “Houston, kami ada masalah.”

Walaupun misi gagal, angkasawan tetap harus kembali ke bumi. Meskipun gagal, NASA tetap berusaha tanpa lelah untuk memastikan keselamatan angkasawan.

Pasukan pusat kawalan misi bersama-sama angkasawan Apollo 13 berjaya menemukan solusi untuk mengatasi masalah kritikal tersebut, termasuk mengubah jalur orbit mereka untuk kembali ke Bumi.

Mereka memanfaatkan graviti bulan untuk memanipulasi trajektori kapal supaya kembali ke Bumi.

Oleh itu, pasukan di pusat kawalan misi juga memberikan arahan mengenai bagaimana mengawal sistem yang ada untuk menghasilkan oksigen dan mengurangkan karbon dioksida.

Apollo 13 akhirnya kembali ke bumi dengan selamat pada 17 April 1970. Modul komando mendarat di Samudera Pasifi k dan ketiga-tiga angkasawan berjaya diselamatkan. Misi ini dianggap sebagai salah satu contoh terbaik kerjasama, inovasi, 

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU