KUCHING: Kuching City FC (KC FC) bakal melancarkan jersi baharu pada 17 Februari ini di Tebingan Sungai Kuching (Waterfront Kuching).
Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandy Ali Hassan memberitahu, ia turut memperkenalkan barisan pemain lama dan baharu The City Boys yang akan berentap dalam kancah Liga Super 2023.
“Sebagai mana biasa pihaknya akan mempamer dua jersi utama iaitu untuk kegunaan perlawanan dilaman sendiri dan gelanggang lawan.

“Majlis pelancaran jersi baharu dan sesi memperkenalkan barisan pemain untuk skuad Kuching City akan berlangsung pada 17 Februari ini,” ujar Iswandy kepada Arena Suara Sarawak.
Skuad Kuching City yang baru sahaja selesai dengan siri jelajah pramusim mereka di negara jiran, Kemboja dilihat lebih mantap.
Dengan diperkuat tujuh bintang import, dua daripadanya import musim lepas yang masih dikekalkan iaitu Abu Kamara (penyerang/Liberia) dan Yuki Tanigawa (pertahanan/Jepun).
Selain lima import baharu terdiri daripada Sudi Abdallah, 23 (Burundi/penyerang), Kuziev Sirojiddin Salohiddin, 27 (tengah/Uzbekistan), Mihailo Jovanovic, 34 (pertahanan/Serbia), Ferreira Dos Santos Celio, 36 (pertahanan/Timor Leste) dan Julian Schwarzer Garcia, 23 (penjaga gol/Filipina).
Di samping itu, lapan pemain import tempatan dari pelbagai pasukan musim lalu turut tersenari dalam skuad Kuching City musim ini.


