ARTIKEL

MAMPU DICAPAI… Abdul Karim yakin sasaran empat juta kemasukan pelancong ke Sarawak mampu dicapai. | RAMIDI SUBARI

Pelancong ke Sarawak meningkat 10 peratus, penanda aras baik capai sasaran 4 juta ketibaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bulan Januari tahun ini memberi penanda aras yang baik dalam sektor pelancongan Sarawak apabila jumlah kemasukkan pelawat meningkat sekitar 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bulan lalu mencatatkan kemasukan seramai 352,983 pelancong berbanding 319,064 pelancong pada tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, bagi ketibaan pelancong asing, ia mencatat peningkatan 22.63 peratus iaitu 212,125 orang berbanding 172,983 orang tahun lalu.

“Bulan Januari sudah nampak anjakkannya. Selalunya jika pada bulan Januari petunjuknya macam itu menaik, ia akan terus sampai ke bulan Disember,” katanya pada sidang media sempena filem Raya Mas-Salako Sacred Treasure di restoran Muzium Budaya Borneo, di sini hari ini.

Bagi kemasukkan pelancong domestik, Abdul Karim berkata, ia menunjukkan penurunan sebanyak -3.58 peratus iaitu seramai 140,858 pelancong pada Januari tahun ini berbanding 146,081 pelancong pada tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara bagi resit pelancongan, beliau berkata, Sarawak menerima RM907.37 juta, berbanding RM809.37 pada Januari tahun lalu yang menyaksikan mencatatkan peningkatan sebanyak 12.11 peratus.

“Ini adalah petunjuk yang baik, seperti yang anda lihat kita secara perlahan-lahan mampu mencapai sasaran kemasukkan empat juta pelancong bagi tahun ini.

“Dan saya berharap sebelum sampai ke bulan Disember, kita akan capai jumlah empat juta,” ujarnya

Ditanya lanjut mengenai sasaran itu mampu dicapai dalam pertengahan tahun 2024, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan menzahirkan keyakinannya ekoran pelbagai promosi yang dijalankan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) serta acara perniagaan dan persidangan lain yang bakal diadakan.

Dalam pada itu beliau berkata, akan merasmikan Sarawak Pavilion sempena konvensyen ITB Berlin, Jerman pada minggu hadapan untuk membuat promosi di Eropah.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah