ARTIKEL

Dr Lee Kuok Tiung

Pelantikan Mutang pastikan hak Sabah, Sarawak tidak dinafikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelantikan Datuk Mutang Tagal sebagai Speaker Dewan Negara yang baharu akan memastikan hak Sabah dan Sarawak tidak dinafikan dalam Parlimen.

Penganalisis politik, Dr Lee Kuok Tiung, berkata ia sekali gus memberi peluang kepada perwakilan dari Sabah dan Sarawak melibatkan diri dalam penggubalan undang-undang di Malaysia selain mengawal perdebatan mengenai sebarang usul dalam Dewan Negara.

Katanya, Mutang boleh mewujudkan kuota satu pertiga daripada ahli Dewan Negara dari Sabah dan Sarawak.

“Buat masa ini, Sabah dan Sarawak belum lagi mendapat satu pertiga ahli Dewan Rakyat untuk memastikan hak kedua-dua negeri itu tidak dinafikan.

“Satu lagi alternatif adalah mewujudkan kuota satu pertiga daripada ahli Dewan Negara yang haruslah terdiri daripada senator dari Sabah dan Sarawak kerana kita faham perundangan yang diluluskan di Dewan Rakyat perlu dibahaskan di Dewan Negara terlebih dahulu sebelum dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Kuok Tiung berkata, pengalaman yang dimiliki Mutang sebagai bekas Ahli Parlimen Bukit Mas dan peguam adalah berharga bagi dirinya untuk memikul tugasan baharunya itu.

“Latar belakang beliau mengikut profesion sebagai peguam dan pengalaman menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas untuk dua penggal pastinya berharga kepada beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai Speaker Dewan Negara yang baharu.

“Tidak lupa juga beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai Badan Bukan Kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, Profesor Dr Neilson Ilan Mersat berkata, Mutang merupakan individu yang tepat untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Negara.

“Beliau merupakan calon yang sesuai kerana berpengalaman menjadi ahli Parlimen dan peguam.

“Diharapkan beliau dapat meneruskan perjuangan dalam menuntut hak Sarawak,” ujarnya.

Profesor Dr Neilson Ilan Mersat

Neilson turut berkata, pelantikan Mutang juga menunjukkan Kerajaan Perpaduan bersifat inklusif dan mengambil kira kumpulan minoriti.

“Mutang adalah dari kumpulan minoriti, jadi tiada yang dipinggirkan,” katanya.

Mutang, 69, daripada etnik Lun Bawang, dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 untuk tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dari 15 Februari 2024 hingga 14 Februari 2027.

Pejabat Yang di-Pertua Negara dalam satu kenyataan memberitahu, pelantikannya merupakan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengemukakan nama Mutang, yang merupakan nama tunggal yang dicalonkan untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua.

Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara kosong selepas Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan bulan lepas untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Mutang merupakan presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI).

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah