ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Pelantikan pengawas peperiksaan, KPM ambil berat keluhan guru – KGBS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan kepada orang awam adalah langkah tepat dalam meringankan beban tugas guru.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkifli Sebli berkata, inisiatif itu merupakan reaksi positif yang dilakukan oleh KPM terhadap keluhan guru yang sangat sibuk pada setiap akhir semester persekolahan.

“Saban tahun kita dengar rungutan guru terutamanya guru sekolah rendah yang terpaksa bertugas mengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta mengorbankan cuti persekolahan mereka. 

“Terdapat juga situasi di mana guru-guru bergilir dalam menjadi pengawas peperiksaan untuk setiap tahun. 

“Justeru, terima kasih khusus kepada KPM yang mendengar keluh kesah guru yang sentiasa terbeban dengan pelbagai tugas di luar tanggungjawab hakiki mereka,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama bersyukur kerana KPM bertindak awal membuka permohonan ini (pelantikan pengawas peperiksaan kepada orang awam).

Dengan permohonan yang dibuka kepada orang awam, katanya sudah pasti ramai dalam kalangan guru yang berasa lega dan boleh merancang percutian mereka.

“KGBS berharap agar permohonan ini mendapat maklum balas positif daripada orang awam kerana permohonan ini boleh juga dibuka untuk pengawas STPM dan peperiksaan awam yang lain pada masa akan datang,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan (KPM) buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepada orang awam.

Permohonan dibuka dari 12 September hingga 31 Oktober ini dan orang ramai boleh mengemukakan borang permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Final Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada 2023 selepas mara ke final Terbuka