ARTIKEL

Pelatih IPG terlibat buli berdepan tindakan buang institusi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sebuah institut pendidikan guru (IPG) di Sarawak dan tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap pelatih yang didapati bersalah dalam kejadian itu.

IPGM dalam kenyataan semalam memaklumkan ia termasuk hukuman tatatertib membuang individu terlibat daripada institusi berkenaan bagi menunjukkan pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku buli.

“Pelatih guru perlu berdisiplin serta menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik sebagai bakal pendidik,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial kejadian buli didakwa berlaku pada awal pagi Jumaat lepas membabitkan sekumpulan penuntut senior terhadap junior lelaki sesi 2025/2030 di IPGM.

Sekumpulan penuntut senior terbabit didakwa mengumpulkan semua junior lelaki sebelum melakukan pelbagai bentuk penghinaan, selain menggunakan kata-kata kesat dan melakukan tindakan tidak bermoral terhadap mereka.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat