TOKYO: Jutawan Jepun, Yusaku Maezawa pada Khamis mengumumkan penangguhan perjalanannya mengelilingi bulan menggunakan roket SpaceX, sebuah pelayaran yang mempunyai krew yang dipenuhi artis.
“Kami merancang untuk misi orbit bulan kami ‘dearMoon’ berlangsung pada 2023, tetapi nampaknya ia mengambil sedikit masa lagi,” kata Maezawa.
“Kami tidak pasti bila penerbangan itu,” tambah usahawan itu di X.
Kru dalam misi yang diumumkan pada 2018 akan mengembara dengan roket Starship SpaceX, yang masih dalam pembangunan dan menjadi roket paling berkuasa pernah dibina apabila siap.
Penangguhan itu disebabkan pembangunan Starship yang sedang berjalan, menurut satu kenyataan di laman sesawang dearMoon.
“Ujian penerbangan pertama kenderaan itu pada April 2023 memberikan banyak pengajaran yang secara langsung menyumbang kepada peningkatan untuk kebarangkalian kejayaan pada penerbangan Starship masa depan,” kata kenyataan itu.
Maezawa membeli semua tempat duduk di atas roket itu dan pada 2021 mencipta pertandingan dengan artis boleh memohon untuk menyertainya. – AFP






