ARTIKEL

Pelbagaikan produk lada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi pengeluar utama lada putih krim, setanding negara lain. Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (MPB) Stanley Liew berkata, ia sejajar dengan kedudukan Sarawak yang merupakan penyumbang utama sumber tersebut di negara ini.

“Lada Sarawak mempunyai keunikan tersendiri, yakni memiliki aroma dan kualiti yang diterima baik oleh pelanggan di seluruh dunia. Lada dari Sarawak adalah asli berbanding di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Suara Sarawak di pejabat Lembaga Lada Malaysia, pagi Selasa.

Menurutnya, MPB juga berhasrat untuk mengeluarkan pelbagai produk lada yang tidak berunsurkan jenis makanan. Ini kerana mereka mahu mengembangkan penggunaan produk lada dalam pelbagai bentuk, di samping meningkatkan hasil pendapatan industri tersebut.

Ketua Pengarah MPB Stanley Liew. FOTO GHAZALI BUJANG

“Produk baharu ini boleh dihasilkan dalam bentuk sabun, wangian, dan sebagainya yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

“Secara peribadi saya sendiri mengimpikan agar produk seperti sos lada turut setanding dengan produk lain di premis makanan seperti McDonald dan sebagainya,” katanya lagi.

Stanley turut mendedahkan bahawa dengan pengeluaran lada putih krim yang memberangsangkan, ia mampu melonjakkan hasil pendapatan penjualan lada di negeri ini. Ia kerana harga bagi lada jenis ini lebih tinggi berbanding lada biasa, iaitu RM25 sekilogram.

“Lada putih krim juga melalui kaedah penanaman yang berbeza, menyebabkan harganya jauh lebih mahal. “Untuk itu saya menggalakkan para petani untuk mengusahakan lada jenis ini dalam kadar yang banyak, kerana kelebihannya kepada pengguna,” ujar Stanley lagi.

Terdahulu tanaman lada adalah antara tanaman yang lebih banyak di tanam di Sarawak dengan keluasan tanaman sebanyak 7,554.09 hektar atau 98 peratus daripada jumlah keseluruhan penanaman lada di Malaysia.

Walaupun keadaan pasaran dunia yang kurang stabil dan harga yang tidak kukuh, lada Malaysia terutama dari Sarawak masih mendapat permintaan tinggi kerana kualiti dan rasanya yang hebat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,