SIMUNJAN: Masyarakat diseru untuk kekal bersatu padu serta bekerjasama rapat antara satu sama lain demi pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek.
Demikian tegas ADUN Simunjan, Awla Dris yang menjelaskan mengekalkan serta memelihara budaya tersebut amat penting dalam mencerminkan nilai dan kehidupan masyarakat yang bergerak secara muafakat.
“Saya tahu program hari ini merupakan hasil gotong-royong penduduk kampung Keleka pelbagai peringkat umur.
“Inilah sikap yang perlu diteruskan bukan sahaja penduduk Kampung Kelka sahaja malah seluruh Sarawak, kita mengamalkan gotong-royong di dalam kampung bagi melancarkan lagi majlis seperti hari ini,’ katanya.
Awla berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri di Dewan Kampung Keleka, Simunjan semalam.






