ARTIKEL

filter: 0; jpegRotation: 0; fileterIntensity: 0.000000; filterMask: 0; module:1facing:0; hw-remosaic: 0; touch: (-1.0, -1.0); modeInfo: ; sceneMode: NightHDR; cct_value: 0; AI_Scene: (0, -1); aec_lux: 0.0; hist255: 0.0; hist252~255: 0.0; hist0~15: 0.0;

Pelihara warisan seni P. Ramlee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUNIA seni tanah air kehilangan permata berharga apabila seniman agung, Tan Sri P. Ramlee, meninggal dunia lebih lima dekad yang lalu.

Warisan seni beliau terus hidup dalam kalangan masyarakat menerusi pengaruh fi lem dan lagu.

Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak (KPPRS) berjaya mengekalkan nama besar P. Ramlee dan memastikan karya beliau tetap relevan dalam konteks moden.

Ditubuhkan pada 2012, KPPRS lahir daripada keprihatinan perubahan cita rasa masyarakat, khususnya generasi muda yang semakin kurang mengenali nilai seni klasik.

Menurut Presiden KPPRS, Dr. Saiee Driss, banyak masyarakat hanya mengenali P. Ramlee melalui elemen hiburan seperti jenaka dan nyanyian, tanpa menyelami mesej yang terkandung dalam karya tersebut.

“Kelab ini bertujuan mendidik masyarakat supaya menghayati karya P. Ramlee secara lebih mendalam dan mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperkaya budaya serta seni Malaysia,” kata beliau.

Tambah Dr Saiee, sejak penubuhannya, KPPRS menganjurkan pelbagai program yang bertujuan untuk mempopularkan karya P. Ramlee.

Aktiviti seperti bengkel seni, konsert dan pertandingan nyanyian memberi peluang kepada peminat seni tempatan untuk mendalami karya P. Ramlee.

Pendekatan ini melibatkan masyarakat tempatan dan menarik penyertaan pelbagai peringkat umur.

Ujarnya, ahli kelab terdiri daripada pelbagai latar belakang dengan jurang usia 8 hingga 85 tahun.

Jurang usia yang besar ini menunjukkan betapa meluasnya pengaruh seni P. Ramlee.

“Kami bersatu atas cinta akan seni P. Ramlee,”ujarnya ketika ditemui Suara Sarawak sempena Konsert Tribute to P. Ramlee di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Muadzam Shah, baru-baru ini.

BAKAT

Selain itu, jelasnya KPPRS turut memainkan peranan sebagai platform pembangunan bakat, terutamanya bagi generasi muda.

Beberapa ahli yang menyertai kelab ini sejak usia remaja ujarnya kini melangkah ke peringkat lebih tinggi, termasuk memenangi pertandingan kebangsaan dan menjadi artis rakaman.

Bagaimanapun, Dr. Saiee berkata, matlamat utama kelab bukan untuk melahirkan ‘klon P. Ramlee’, tetapi individu yang mampu menyampaikan seni beliau dengan cara yang segar dan relevan kepada masyarakat hari ini.

Salah satu inisiatif menarik KPPRS ialah memberi peluang kepada generasi muda untuk menyanyikan lagu-lagu P. Ramlee dengan susunan baharu, namun mengekalkan jiwa asal karya tersebut.

Pendekatan ini membantu generasi muda menghargai seni klasik dengan cara yang lebih dekat dengan cita rasa mereka.

“Usaha KPPRS tidak terhad di Sarawak sahaja. Kelab ini berjaya menjangkau komuniti lain di Malaysia, malah ke peringkat serantau.

“Sebagai contoh, pertandingan nyanyian lagu P. Ramlee yang diadakan di Kalimantan mendapat sambutan hangat, terutama daripada peserta muda.

“Sambutan ini membuktikan bahawa seni P. Ramlee bukan sahaja milik Malaysia, tetapi juga dikagumi di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.

Malah, kata Dr Saiee KPPRS kini aktif memperluas kehadirannya ke kawasan lain seperti Bintulu dan Sibu.

Walaupun berdepan kekangan kewangan, kelab ini tetap komited untuk menyebarkan seni P. Ramlee ke seluruh pelosok Sarawak.

Dalam menghadapi cabaran moden, KPPRS sedar akan tanggungjawab mereka dalam memastikan warisan seni ini terus hidup.

Kekurangan dana sering menjadi halangan, tetapi semangat juang kelab ini.

Dengan lebih 200 ahli, kebanyakannya di Kuching, KPPRS terus memupuk rasa cinta akan seni P. Ramlee dalam kalangan masyarakat.

“Kita takut karya besar ini dilupakan.

Warisan yang begitu banyak dan besar boleh hilang begitu sahaja.

“Kita tidak mahu bangsa kita kehilangan sesuatu yang begitu berharga.

“Kelab ini juga berharap agar lebih banyak pihak, termasuk kerajaan dan sektor swasta, tampil memberi sokongan bagi memastikan usaha mereka dapat diteruskan,” jelasnya.

CERMINAN BUDAYA

Usaha KPPRS menunjukkan betapa pentingnya memelihara warisan seni seperti karya P. Ramlee.

Seni bukan sekadar hiburan, tetapi juga cerminan identiti budaya sesebuah bangsa.

Dalam dunia yang semakin moden, warisan seperti ini berperanan sebagai medium pendidikan budaya yang dapat menyatukan masyarakat melalui nilai murni yang terkandung dalam karya seni.

Melalui dedikasi KPPRS, seni P. Ramlee terus hidup sebagai warisan yang bernilai.

Usaha mereka membuktikan bahawa seni tidak hanya untuk dinikmati, tetapi juga diwarisi dan dipelihara.

BERITA LAIN

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum

Teknologi rapat jurang kaunseling

DUNIA sedang berubah. Cara manusia bekerja, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat turut berubah. Tanpa kita sedari, cara manusia mendapatkan sokongan emosi juga sedang berubah. Telefon pintar,

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri