ARTIKEL

Pelitup muka untuk orang Sebauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Sebauh dan Jawatankuasa Persatuan Penganut Natok Kong Sebauh mengagihkan pelitup muka kepada penduduk di sekitar Daerah Sebauh bagi membantu aspek penjagaan kesihatan  rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 di daerah itu pada Rabu.
Antara penerima masingmasing terdiri  JKKK Kampung Hulu, Kampung Hilir Sebauh, Rumah Emperan, Rumah Gini Utiat, Rumah Patrick Andin, Rumah Ason Kendawang, Rumah Jilan, Rumah Agnes Mampak Mandaw, Klinik Kesihatan Daerah Sebauh, Gereja Methodist Siong Ing Sebauh, Pondok Polis Daerah Sebauh dan Pejabat Daerah Sebauh.
Agihan turut melibatkan anggota Rela Sebauh, penduduk kaum Cina Daerah Sebauh dan petugas barisan hadapan yang terlibat dalam penugasan di sekatan jalan raya di Sebauh.
Pengerusi JKKK Pekan Sebauh, Phang Liong Hua menzahirkan penghargaan kepada seluruh JKKK Pekan Sebauh dan Jawatankuasa Persatuan Penganut Natok Kong Sebauh yang  terlibat dalam pengagihan pelitup muka itu.
Katanya, keutamaan pemakaian pelitup muka itu perlu mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan individu yang mempunyai gejala wabak tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai