MIRI: Usahawan dan pengusaha khususnya dalam bidang pertanian sekitar kawasan ini berpeluang mendaftar dalam portal AgroBazaar Online di karnival Jualan Terus dari Ladang (JTDL) & Industri Asas Tani yang sedang
berlangsung.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Zainal Abidin Yang Razalli
berkata, AgroBazaar Online merupakan sebuah portal daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan dikendalikan oleh Fama.
“Pengguna boleh mendaftar secara percuma seterusnya menjadi pekedai dalam portal tersebut.
“Sehingga kini, sebanyak 5,000 pekedai yang mendaftar dalam portal tersebut dan kami akan terus mempergiatkan promosi untuk menarik perhatian para petani supaya mendaftar dalam portal tersebut,” katanya.
Beliau berkata, kaunter khas akan dibuka dalam karnival JTDL & Industri Asas Tani yang berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos ini di Bintang Mega Mall, di sini.
“Pendaftaran terbuka kepada mana-mana usahawan yang datang mendaftar dan pihak kami membantu proses pendaftaran serta memberi penerangan tentang portal tersebut.
“Kami telah membuat pendedahan tentang portal AgroBazaar Online di beberapa kawasan termasuk Lawas, Sarikei,
Betong dan Serian,” jelasnya.
Beliau juga berharap ramai lagi usahawan dan pengusaha mendaftar dalam Portal A g r o B a z a a r Online pada karnival yang akan diadakan tersebut.