ARTIKEL

SIDANG MEDIA… Andenson bercakap kepada pemberita selepas sesi makan tengah hari bersama media semalam.

Peluang jana pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: BORNEO MA Smart Vendors Sdn. Bhd. komited memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi rakyat sekali gus menyumbang kepada ekonomi negeri. 

Justeru, pengasas dan pengarah urusannya Andenson Dato berkata, syarikat itu menawarkan peluang kepada rakyat Sarawak untuk menjana pendapatan pasif melalui pakej dan perkhidmatan mesin layan diri pintarnya.

Beliau berkata, pakej dan perkhidmatan syarikat itu telah mengubah kehidupan ramai, termasuk rakyat yang pernah bergelut mencari nafkah dan pesara yang mencari jaminan kewangan.

“Kami mahu mewujudkan rangkaian global usahawan mesin layan diri, yang bukan sahaja membantu rakyat kita (Sarawak) malah dapat menyumbang kepada ekonomi Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi makan tengah hari penghargaan bersama media di sini, semalam.

Andenson mendedahkan, beliau sentiasa meminati perniagaan dan tidak akan melepaskan apa-apa sahaja peluang yang terbuka untuknya.

Mengamalkan prinsip “Mati Sahaja Belum”, beliau yang berasal dari Sibu itu telah memulakan perniagaan yang berbeza dan menghadapi pelbagai halangan tidak pernah mematahkan semangatnya.

Beliau menceritakan, idea untuk perniagaan mesin layan diri pintar muncul semasa pandemik COVID-19 pada 2020.

“Ketika itu, saya mahu membantu mereka yang mata pencarian terjejas akibat wabak berkenaan untuk meraih pendapatan tambahan.

“Pembekal kami mencabar saya untuk menjual 30 unit dan jika kami mampu melakukannya, dia akan memberi kami pejabat di Miri. 

Pasukan kami berjaya menjual 100 unit dan kami membuka pejabat pertama di Miri diikuti pejabat kedua di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini terdapat lebih daripada 100 unit mesin layan diri pintar di seluruh Sarawak.

Oleh itu, beliau mengharapkan lebih ramai rakyat Sarawak menunjukkan minat untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan ini.

“Perniagaan jenis ini mungkin sesuatu yang baharu di Sarawak.

Tetapi saya percaya ia akhirnya akan menjadi popular dan menjadi pesaing kepada kedai runcit kecil tradisional pada masa hadapan,” katanya.

Merujuk kepada pakej-pakej yang ditawarkan syarikat itu, Andenson berkata, menerusi Pakej A, pelabur boleh memperoleh pendapatan sehingga RM15,600 setahun.

Pakej A memerlukan pelaburan RM30,000 dengan tempoh sehingga sembilan tahun.

“Jika pelabur memilih Pakej A, mereka akan memperoleh sekitar RM1,300 sebulan untuk tiga tahun pertama.  

“Kami mempunyai beberapa pelabur yang menggunakan pendapatan daripada mesin layan diri pintar untuk membayar komitmen bulanan mereka, bermakna mereka dapat mengekalkan pendapatan daripada pekerjaan sepenuh masa,” katanya.

Dalam masa yang sama Borneo Smart Vendors Sdn. Bhd. juga akan mengadakan bengkel Kewangan dan Keusahawanan Mesin Layan Diri di Kuching tahun ini.

Katanya, bengkel itu dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Tahun lepas kami melaksanakan bengkel di Pulau Pinang, dan menerima sambutan yang cukup memberangsangkan sehingga kami terpaksa menutup penyertaan.

“Tahun ini, kami akan memulakan bengkel di Kuching, dan kami menyasarkan untuk membawa ia ke Sibu, Bintulu, dan kemudian ke Malaysia Barat seperti Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berminat melabur dalam vending machine, mereka boleh menghubungi BMAS di pejabat Miri (085-654542) atau menghubungi Sharmin di 011-29943186.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU