ARTIKEL

SWAFOTO… Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, meluangkan masa berswafoto bersama peserta. Foto Mohd Alif Noni

Peluang keusahawanan tingkatkan taraf hidup belia Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peserta Sarawak Youth Startup Belia Sarawak (SYStartup) 2024 akan terus dipantau bagi memastikan kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan yang diceburi.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan bahawa data peserta akan disimpan dan dipantau untuk menentukan keberkesanannya.

“Kita mahu program ini benar-benar membantu mereka untuk meningkat naik. Kita tidak mahu program ini seperti melepas batuk di tangga. Kita akan terus memantau dan menjadi orang tengah untuk membantu mereka yang ingin berjaya,” katanya.

SIDANG MEDIA… Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menjawab soalan yang diajukan pada sidang media. Foto Mohd Alif Noni

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan SYStartup 2024 yang diadakan di Perkampungan Sukan Sarawak, di sini hari ini.

SYStartup 2024 berlangsung selama lapan hari, disertai 276 peserta, dan mendapat kerjasama daripada 40 agensi awam dan swasta dari peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Abdul Karim, yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan, menyatakan bahawa program tersebut akan diteruskan pada tahun 2025 berikutan sambutan luar biasa daripada belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

“Program ini bukan sahaja mendapat sambutan tinggi daripada golongan graduan tetapi juga bukan graduan, yang melihat peluang keusahawanan sebagai langkah untuk meningkatkan taraf hidup mereka,” tambahnya.

SERAH SIJIL… Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.

Menurut beliau, peserta yang menyertai program itu telah diberi pendedahan kepada pelbagai ilmu dan kemahiran baharu, termasuk membina rangkaian hubungan profesional yang dapat membantu perjalanan mereka sebagai usahawan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat; Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Morshidi Fredrick; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dolhadi Mazuki; serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SCC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha