Trending

Peluang pekerjaan lebih banyak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LAWAS: Pembinaan projek Kompleks Minyak dan Gas bersepadu di Lawas bakal meningkatkan pembangunan pelbagai sektor di Lawas termasuk pendidikan dan kesihatan.

Rata-rata penduduk sekitar Lawas ketika ditemui Suara Sarawak mengatakan kemudahan masih kurang dalam pendidikan dan kesihatan serta penduduk setempat majoriti bekerja dalam sektor pertanian.

Selain itu, peluang pekerjaan masyarakat setempat juga akan berubah di mana pada masa ini lebih menumpukan kepada pertanian.

Menurut penduduk Kampung Long Luping, Candy Johnley, 22 berkata, penduduk setempat kebanyakan bekerja dalam bidang pertanian seperti penanaman padi dan sawit.

Katanya, pendidikan di kawasannya masih kurang disebabkan sekolah yang usang tidak sesuai untuk proses pembelajaran.

Manakala bagi penduduk Kuala Lawas, Faid Zillah, 38, penduduk dikawasannya bekerja dalam sek- tor pertanian dan perkilangan.

“Kebanyakan mereka bekerja dalam penanaman sawit, lada dan sebahagiannya bekerja di kilang berdekatan.

“Pendidikan dan kesihatan pula masih kurang di kawasannya,” katanya.

Penduduk Dato Ulu Kuala Lawas, Mazlanny Mahamad 24 berkata, penduduk di kampungnya menjalankan aktiviti perikanan.

“Ini kerana, kampungnya berada dekat dengan lautan luas namun terdapat sedikit daripada mereka bekerja dalam sektor kerajaan.

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru