ARTIKEL

Peluru tinggalan perang sangkut pukat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua butir peluru dan satu kelongsong tinggalan perang ditemui oleh seorang nelayan ketika memukat ikan di tebing sungai Kampung Muhibbah berdekatan Tanjung Bako, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, lelaki
berusia 34 tahun dari Kampung Muhibbah itu menghubungi polis kira-kira 9.46 pagi tadi, memaklumkan telah menemui tiga biji objek besi yang menyerupai peluru.

Susulan itu, beliau berkata sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom tiba bersama Unit Persenjataan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan disahkan bahawa objek yang ditemui merupakan peluru tinggalan perang.

“Pengadu telah menemui objek itu di tebingan sungai semalam sewaktu memukat menangkap ikan dan membawanya balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awang Din berkata peluru dan kelonsong itu kemudian dibawa balik ke Pangkalan Unit Persenjataan IPK Sarawak untuk tindakan lanjut.

Justeru, beliau mengingatkan orang awam supaya segera memaklumkan penemuan sebarang objek yang disyaki peluru atau bahan letupan kepada polis untuk diambil tindakan sewajarnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU