PENGASAS bersama dan pemain bass kumpulan Limp Bizkit, Sam Rivers, meninggal dunia pada usia 48 tahun, Sabtu lepas.
Berita mendukacitakan itu dimuat naik oleh Limp Bizkit di laman media sosial mereka.
“Sam Rivers bukan sekadar pemain bass kami, dia ialah keajaiban sebenar — denyut di setiap lagu, tenang dalam kekalutan, jiwa dalam setiap bunyi.
“Sejak nota pertama yang kami mainkan bersama, Sam membawa cahaya dan irama yang tiada pengganti.
Bakatnya mengalir tanpa usaha, kehadirannya sukar dilupakan, hatinya luar biasa besar,” kata kumpulan itu.
Menurut Limp Bizkit lagi, mereka berkongsi begitu banyak detik dan setiap satunya lebih bermakna kerana Sam ada di situ.
Tambah kumpulan itu, dia ialah insan luar biasa yang hanya datang sekali seumur hidup, iaitu legenda antara legenda.
Rohnya akan terus hidup dalam setiap rentak, setiap pentas dan setiap kenangan.
“Kami sayang kamu, Sam.
Kami akan bawa kamu bersama kami, selalu.
“Berehatlah dengan tenang, saudaraku.
Muzikmu tidak akan pernah berakhir,” kata mereka.






