ARTIKEL

Lukanisman (duduk, tiga kiri) bersama-sama Malcolm (duduk, tiga kanan) serta tetamu kehormat lain bergambar dengan peserta Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak di BCCK, hari ini.

Pemain industri peranti perubatan berpeluang besar melabur di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Idea metropolis penjagaan kesihatan yang sedang dibangunkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuka peluang besar kepada pemain industri peranti perubatan untuk melabur di Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata antaranya seperti Pusat Jantung Sarawak, yang merupakan antara kemudahan perubatan yang terbaik.

“Kami sedang melakukan ujian manusia di Pusat Jantung Sarawak dan kami dianggap antara yang terbaik pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh.

Selain itu, Lukanisman berkata kerajaan juga dalam perancangan membangunkan Pusat Kanser Sarawak, yang sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah kemudahan unggul, pusat kanser yang canggih,” katanya.

Beliau menambah Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak juga sedang dibangunkan berhampiran Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

Baca lain  STU nafi dakwaan guru di Sibu enggan divaksin

Pada masa sama, beliau berkata Sarawak juga memiliki Pusat Biodiversiti, yang sedang mengkaji farmaseutikal untuk ditempatkan di pusat penjagaan kesihatan metropolis berkenaan.

Sementara itu, Lukanisman menegaskan peranti perubatan tidak boleh dijual atau diiklankan melalui platform jualan dalam talian seperti Shopee dan Lazada sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Justeru, beliau berkata platform-platform jualan dalam talian terbabit perlu memainkan peranan dengan tidak membenarkan penjualan dan promosi peranti perubatan yang tidak mempunyai kelulusan MDA.

“Perkara yang sangat penting adalah apa sahaja peranti perubatan yang tidak diluluskan oleh MDA tidak boleh diiklankan.

“Tetapi pada masa sama, tanggungjawab KKM adalah untuk melakukan lebih banyak kesadaran terhadap masyarakat berkaitan dengan jenis produk kelulusan MDA yang ada di pasaran,” katanya.

BERITA LAIN

Longi laksana rancangan cantas ribuan pekerjaan

KUCHING: Beberapa hari lepas, Bloomberg melaporkan syarikat pembuatan solar terbesar di dunia dari China, Longi Green Energy Technology Co. Ltd, sedang berusaha untuk memberhentikan hampir

BERITA TERBARU