ARTIKEL

TIGA TERBAIK… Pemain pasukan lelaki merakam gambar kenangan pada majlis penyampaian hadiah.

Pemain Kabaddi Sarawak cipta detik manis di pentas kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Barisan pemain Kabaddi lelaki dan wanita Sarawak mempamerkan aksi hebat pada Kejohanan Kabaddi Antara Sekolah-Sekolah SJKT Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan menamatkan saingan tiga hari kejohanan itu dengan menduduki tempat ketiga.

Pasukan tersebut dibarisi 20 pemain (10 lelaki dan 10 perempuan), semuanya dari SK Sungai Stutong, Kuching.

Jurulatih, Nafie Boyong melahirkan rasa gembira terhadap kejayaan kedua-dua pasukan yang masing-masing meraih tempat ketiga.

“Tahniah dan syabas kepada semua pemain. Menamatkan kejohanan di tempat ketiga adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan,” ujar Nafie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, pasukan berkenaan yang berada di bawah Persatuan Kabaddi Negeri Sarawak telah dibentuk sejak beberapa bulan lalu.

“Walaupun penyertaan kedua-dua pasukan ini boleh diibaratkan setahun jagung, namun semangat juang tinggi yang dipamerkan dalam setiap perlawanan membuktikan mereka mampu bersaing di pentas kompetitif seperti ini,” katanya.

Beliau berharap kejayaan diraih sepanjang tiga hari kejohanan (28–30 November) menjadi pencetus perubahan positif dalam diri pemain.

Katanya, pencapaian itu juga diharap dapat meningkatkan prestasi semasa mereka sekali gus mematangkan corak permainan pada masa akan datang.

BANGGA… Nafie Boyong (kiri) bersama guru pengiring bergambar bersama pingat yang dimenangi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU