ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Pemandu bas ekspres positif dadah ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR GAJAH: Polis menahan seorang pemandu bas ekspres bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan suspek memandu dalam keadaan tidak selamat, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Sehubungan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.

Ahmad berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 3.50 pagi ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Johor Bahru.

Pada 16 April lepas, media melaporkan video berdurasi satu minit 20 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan tidak selamat serta tidak memberikan tumpuan sepenuhnya ketika mengendalikan kenderaan tersebut. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha