ARTIKEL

Pemandu e-panggilan menang RM19 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemandu e-panggilan berusia 55 tahun dari Sarawak mengalami detik yang mengubah hidupnya apabila nombor plat motosikal dan kereta pertamanya yang penuh nilai sentimental bertukar menjadi tiket emas bernilai RM19 juta.

Seorang lelaki yang enggan dikenali hampir tidak percaya apabila nombor pertaruhannya memenangi Jackpot 1 Toto 4D pada 19 Julai lalu.

“Apabila saya pulang pada malam Sabtu selepas menamatkan perkhidmatannya, saya duduk di dalam kereta dan menyemak tiket Toto saya.

“Bila saya nampak nombor 4D pertama sepadan dengan hadiah kedua, jantung saya terus berdegup kencang.

“Tapi bila satu lagi nombor pula menang hadiah pertama, saya menjerit seorang diri dalam kereta kerana saya tahu saya telah menang Jackpot,”kongsinya.

Kemenangan itu menjadi lebih bermakna kerana dua nombor bertuahnya, 6570 dan 7068, bukan sekadar angka, ia nombor plat motosikal dan kereta pertamanya, simbol jerih perihnya membina kehidupan sejak muda.

Berkat tiket Sistem 3 yang dibelinya, beliau membawa pulang RM19,018,092.30 dan tambahan RM336 sebagai bonus Permainan Sistem angka yang menjadikannya jutawan sekelip mata.

Namun, jauh sekali daripada berubah gaya hidup secara drastik, beliau memilih untuk terus memandu seperti biasa.

Kisahnya membuktikan bahawa kesetiaan dan kepercayaan boleh membawa rezeki yang tidak diduga.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU