ARTIKEL

Gambar hiasan

Pemandu mabuk di Sarikei dipenjara selepas gagal bayar denda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang lelaki dihantar ke Penjara Sibu selepas gagal membayar denda RM10,000 yang dikenakan Mahkamah Majistret Sarikei hari ini kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, lelaki terbabit ditahan dalam Operasi Mabuk (Op Mabuk) yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei, awal bulan ini.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan di sekitar bandar Sarikei sebagai usaha membanteras kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Tertuduh kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Sarikei hari ini mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Prosiding dikendalikan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Azeem Mohd Ridzo.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas tertuduh dan hukuman penjara antara satu hari dan jika gagal membayar denda, hukuman penjara ingkar denda selama 30 hari, serta penggantungan lesen memandu selama dua tahun.

Aswandy berkata, IPD Sarikei akan terus mempergiat penguatkuasaan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta mengurangkan risiko kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

BERITA LAIN

Kerusi pilihan Abang Johari masih jadi tanda tanya

KUCHING: Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan jawapan khusus berhubung spekulasi kemungkinan beliau

BERITA TERBARU

Kerusi pilihan Abang Johari masih jadi tanda tanya

KUCHING: Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan jawapan khusus berhubung spekulasi kemungkinan beliau