ARTIKEL

Keadaan kereta yang dinaiki tiga lelaki selepas melanggar penghadang jalan di Jalan Batu Bekarang, Limbang.

Pemandu maut tercampak keluar kereta langgar penghadang di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Seorang maut manakala dua cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar penghadang jalan di Jalan Batu Bekarang di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.55 pagi hari ini dan segera mengerahkan pasukan dari BBP Limbang ke lokasi.

“Terdapat tiga orang mangsa lelaki dewasa. Seorang mangsa iaitu pemandu tercampak keluar daripada kenderaan dan meninggal dunia di hospital.

“Seorang lagi penumpang bahagian hadapan cedera di sebelah tangan dan badan manakala seorang penumpang yang berada di belakang selamat,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak membuat perawatan awal di lokasi sebelum pasukan EMRS membawa mangsa ke Hospital Limbang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU