ARTIKEL

RM6,000 untuk RELA Julau dan Pakan, Larry hargai sumbangan sukarelawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyalurkan sumbangan berjumlah RM6,000 kepada RELA Julau dan RELA Pakan sebagai penghargaan terhadap komitmen serta sumbangan anggota sukarelawan itu dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Sumbangan itu diumumkan ketika menghadiri Program Perasmian Pertandingan Bola Tampar RELA Julau dan RELA Pakan yang berlangsung di Dewan SK Ng Entabai, Julau.

Larry turut menyatakan bahawa peranan RELA dalam membantu menjaga keselamatan, mengawal pergerakan orang ramai serta memastikan kelancaran aktiviti komuniti menjadi elemen penting dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Menurutnya, anggota RELA antara kumpulan sukarelawan yang sentiasa bersedia memberikan khidmat dan bantuan kepada masyarakat, khususnya ketika diperlukan.

Beliau turut menegaskan bahawa pengorbanan anggota RELA yang meluangkan masa serta tenaga untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan komuniti wajar dihargai.

Katanya, kerajaan juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan kepada anggota RELA, termasuk aspek kebajikan serta perubatan.

“Saya percaya apabila kita membantu rakyat, kerajaan juga akan membantu kita.

Begitu juga anggota RELA yang sentiasa menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat,” katanya.

Beliau berharap semangat kesukarelawanan dalam kalangan anggota RELA terus diperkukuh supaya mereka kekal komited memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira latar belakang.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran aktiviti sukan seperti bola tampar bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal, malah berperanan mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama antara anggota RELA di Julau dan Pakan.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan sebagai wadah membentuk pasukan RELA yang bukan sahaja cergas dalam aspek keselamatan, tetapi turut mempunyai hubungan erat dengan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Celik digital benteng utama tangani ancaman siber

KULAI: Rakyat perlu mempertingkat celik digital sebagai benteng utama menangani ancaman siber yang kian kompleks, termasuk penipuan dalam talian, perisian hasad dan penyalahgunaan kecerdasan buatan