ARTIKEL

Celik digital benteng utama tangani ancaman siber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI: Rakyat perlu mempertingkat celik digital sebagai benteng utama menangani ancaman siber yang kian kompleks, termasuk penipuan dalam talian, perisian hasad dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menegaskan kebolehan pengguna mengenal pasti ancaman amat penting kerana kerajaan atau pihak berkuasa tidak mampu menyaring setiap mesej di aplikasi seperti WhatsApp.

Menurut beliau, penjenayah siber kini menggunakan modus operandi baharu, antaranya menyebarkan perisian hasad menerusi fail ZIP yang kelihatan seolah-olah dihantar oleh rakan seperti dilapor Bernama.

Selain itu, aduan penipuan e-dagang direkodkan paling tinggi, manakala penipuan pelaburan menyebabkan nilai kerugian mangsa yang paling besar.

Susulan itu, Teo menasihati pengguna agar berwaspada terhadap pautan mencurigakan dan menyemak kesahihan maklumat, sambil menggesa syarikat melaksanakan audit keselamatan siber secara berkala, manakala Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bertanggungjawab dalam aspek keselamatan siber negara dan MCMC bersedia memberi sokongan teknikal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU