ARTIKEL

TANGKAPAN LAYAR…Tangkapan layar kenderaan itu memotong di garisan berkembar tular di media sosial baru-baru ini. | Foto: IPD KOTA SAMARAHAN

Pemandu potong garisan berkembar disaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tindakan berbahaya seorang pemandu yang memotong di garisan berkembar di Jalan Kota Samarahan–Asajaya (Darat) membawa kepada tindakan saman selepas insiden tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Barry William berkata, kejadian tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza.

“Kenderaan berkenaan dilihat melakukan aksi memotong sebuah lori di kawasan garisan berkembar,” katanya dalam kenyataan.

Barry menambah, tindakan itu turut membahayakan pengguna jalan raya yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, insiden tersebut dipercayai berlaku pada 17 April sekitar jam 2.47 petang.

Menurut Barry, perkara itu tular di laman Facebook dan orang awam kemudiannya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kota Samarahan menjalankan siasatan bagi mengesan pemilik kenderaan.

“Hasil siasatan berjaya mengesan pemilik serta pemandu kenderaan berkenaan pada 20 April lepas dan saman kemudian dikeluarkan melalui sistem MCOPS atas kesalahan memotong di garisan berkembar,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha