ARTIKEL

Pembaharuan struktur kukuhkan ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pembaharuan struktur terus menyokong daya tahan Malaysia, memperkukuh disiplin fiskal, menarik pelaburan berkualiti tinggi dan meluaskan peluang ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, kemajuan yang dicatatkan dalam bidang strategik seperti peralihan tenaga, infrastruktur digital dan pembuatan bernilai tinggi sedang meletakkan asas untuk ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing.

“Pembaharuan ini penting bukan sahaja untuk pertumbuhan, malah juga bagi kestabilan mata wang.

Ini amat penting khususnya dalam persekitaran hari ini, apabila situasi kejutan menjadi lebih kerap dan ketidaktentuan semakin menjadi norma,” katanya ketika berucap di Minggu MyFintech 2025.

Beliau berkata, ringgit seperti banyak mata wang pasaran yang sedang pesat membangun, turut terkesan berikutan ketidaktentuan ini dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun tahun ini, kita menyaksikan beberapa petanda yang menggalakkan apabila dorongan daripada pembaharuan ini, sebahagiannya telah membawa minat pelabur baharu dan menyokong ringgit,” katanya.

Abdul Rasheed berkata, ketika penutupan pasaran pada Isnin, mata wang domestik meningkat sebanyak 5.55 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan 1.8 peratus berbanding mata wang negara yang menjadi rakan dagang utama Malaysia.

“Asas ekonomi kita yang kukuh dan usaha terselaras untuk menggalakkan aliran mata wang yang seimbang dan teratur akan terus menyokong ringgit,” katanya.

Beliau berkata, BNM menyemak unjuran ekonomi kepada julat antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus tahun ini, mencerminkan ketidaktentuan yang meningkat dalam perdagangan global.

Unjuran ekonomi terus disokong oleh permintaan domestik yang teguh dan pelaburan berterusan dalam infrastruktur untuk sektor strategik berdasarkan pelan pembangunan negara, katanya.

Sementara itu, inflasi diunjurkan kekal sederhana, dengan inflasi keseluruhan dijangka pada purata antara 1.5 peratus hingga 2.3 peratus tahun ini.

“Unjuran yang disemak ini mencerminkan penurunan kos yang berterusan dan unjuran permintaan yang stabil. Dalam persekitaran ini, kesan daripada langkah dasar domestik dijangka kekal terkawal,” katanya. – Bernama  

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu