ARTIKEL

Pembangunan generasi muda keutamaan kerajaan – PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pembangunan generasi muda dalam semua aspek pembangunan, termasuk yang berkaitan dengan modal insan, menjadi keutamaan kerajaan hari ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan melihat generasi muda sebagai generasi yang menentukan kelangsungan pembangunan masa kini dan perlu dilibatkan dalam proses pembangunan dasar.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, katanya kompetensi utama yang harus dibangunkan dalam pelaksanaan program pembangunan belia termasuklah kemahiran kepimpinan.

“Setiap belia harus memiliki ciri kepemimpinan yang baik. Paling kurang, belia harus mampu memimpin diri sendiri.

“Belia yang mampu memimpin diri sendiri bukan saja tidak menjerumuskan diri dengan kegiatan tidak sihat, sebaliknya akan menjadi rakyat yang patriotik dan mampu menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat menerusi budaya kemasyarakatan dan kesukarelaan yang tinggi,” katanya pada majlis penyerahan peserta Felo Perdana kepada ahli jemaah menteri bagi tahun ini, di sini hari ini.  — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU