ARTIKEL

Pembangunan infrastruktur pacu pertumbuhan ekonomi Tanjung Manis


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Tanjung Manis kini bukan lagi kawasan pesisir yang terpinggir apabila pembangunan infrastruktur dan kemudahan perhubungan membuka ruang lebih luas kepada pertumbuhan ekonomi.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Yusuf Abd Wahab berkata, kemudahan jalan raya yang semakin baik turut memberi kesan langsung pergerakan penduduk, kemasukan pengunjung dan perkembangan aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.

Katanya, pelaksanaan projek Jalan Pasi–Tanjung Manis dan Jambatan Tun Tuanku Haji Bujang sepanjang 17 kilometer dengan kos RM321 juta menjadi antara pemangkin penting yang menghubungkan kawasan Sarikei dan Bintangor dengan Tanjung Manis.

“Tempoh perjalanan dari Sarikei yang sebelum ini mengambil kira-kira 2 hingga 3 jam kini dipendekkan kepada sekitar 45 minit, sekali gus menjadikan Tanjung Manis lebih mudah dikunjungi.

“Apabila akses menjadi lebih baik, peluang ekonomi juga berkembang kerana lebih ramai pengunjung datang, perniagaan dapat diperluas dan anak-anak yang bekerja atau belajar di bandar lebih mudah pulang bertemu keluarga,” katanya pada Majlis Penangguhan Pesta Belawai 2026, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata Pesta Belawai turut berperanan sebagai platform untuk menggerakkan ekonomi setempat dengan membuka peluang kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), penjaja serta pengusaha makanan dan kraf tangan menjana pendapatan.

Beliau berkata, pembangunan Anjung Usahawan Belawai pula menyediakan ruang perniagaan lebih teratur dan selesa, namun usahawan tempatan perlu mengambil langkah lebih agresif meningkatkan mutu produk, pembungkusan dan pemasaran termasuk menggunakan platform digital.

“Pesta ini bukan sekadar membuka peluang perniagaan, sebaliknya perlu dimanfaatkan bagi membina pelanggan tetap supaya mereka kembali membeli dan memperkenalkan produk tempatan kepada orang lain,” katanya.

Beliau menegaskan pembangunan Tanjung Manis akan terus diberi perhatian merangkumi aspek infrastruktur, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

BERITA LAIN

Keadilan belum selesai

SELEPAS bertahun-tahun menuntut keadilan, penderitaan etnik Rohingya akhirnya mendapat pengiktirafan di pentas undang-undang antarabangsa apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap

BERITA TERBARU