ARTIKEL

Pembangunan negara bukan sekadar bangunan tinggi dan pelaburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kemajuan negara tidak wajar dinilai berdasarkan bangunan pencakar langit, teknologi atau pelaburan semata-mata.

Sebaliknya, beliau menyatakan pembangunan itu perlu berteraskan pembentukan insan yang beradab, berakhlak dan memiliki nilai kemanusiaan yang luhur seperti dilapor Bernama.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Anwar menyifatkan keluarga sebagai asas masyarakat dan tunjang kekuatan negara, justeru pembinaan negara hebat harus bermula dengan keluarga yang bahagia.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh dasar dan inisiatif yang mengutamakan kesejahteraan keluarga, termasuk kebajikan ibu dan anak, kemudahan penjagaan, sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) serta pengiktirafan terhadap peranan penjaga.

Terdahulu, Anwar merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di Shah Alam, Selangor, yang dihadiri isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, selain memuji kementerian itu atas kejayaan menganjurkan sambutan berkenaan.

BERITA LAIN

Perang siber

SERANGAN siber ke atas sistem stok dan bekalan pasar raya, sistem penyimpanan plasma darah dan infrastruktur makanan di Eropah memperlihatkan wajah baharu bentuk peperangan moden.

Pulau Mawar syurga pelancongan

PULAU Mawar yang terkenal dengan keunikan formasi batuan semula jadi menyerupai pintu gerbang digelar sebagai Heaven’s Gate, berpotensi diketengahkan sebagai tarikan pelancongan berasaskan alam semula

BERITA TERBARU

Perang siber

SERANGAN siber ke atas sistem stok dan bekalan pasar raya, sistem penyimpanan plasma darah dan infrastruktur makanan di Eropah memperlihatkan wajah baharu bentuk peperangan moden.