ARTIKEL

Pembangunan pelabuhan menyeluruh bakal mantapkan lagi ekonomi Sarawak – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin pembangunan pelabuhan berdasarkan suatu pelan induk yang komprehensif melibatkan seluruh Sarawak, dan malah boleh menjangkau keseluruhan pulau Borneo, akan memantapkan ekonomi Sarawak untuk menjadi sebuah ekonomi yang terunggul di rantau ini.

Katanya, pekara ini boleh dicapai apabila pelabuhan-pelabuhan di Sarawak diuruskan oleh sebuah lembaga pelabuhan pusat yang bakal dibentuk oleh Kerajaan Sarawak. 

“Selama ini pembangunan pelabuhan secara menyeluruh tidak pernah dilihat sebagai inisiatif penting untuk memacu ekonomi Sarawak. 

“Potensi ini tidak harus dilepaskan kerana Sarawak sebagai ekonomi perdagangan dengan lokasi yang strategik di rantau Asia mempunyai masa hadapan yang cerah untuk membina ekonomi berasaskan pembangunan pelabuhan yang bertaraf dunia,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2024.

Menurut Abang Johari, pada 22 Mac lepas, Sarawak telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengoperasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak setelah 43 tahun di bawah pengurusan Kerajaan Persekutuan. 

Justeru, beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu lagi kejayaan untuk mengembalikan hak Sarawak yang terhakis kerana pelabuhan adalah hak Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga harus dilihat dari segi mengintegrasikan pembangunan pelabuhan di Sarawak sebagai strategi baharu untuk mentransformasikan ekonomi Sarawak. 

“Keberadaan sumber tenaga yang banyak tidak mencukupi sebagai faktor untuk menarik minat para pelabur tanpa adanya kemudahan infrastruktur, khususnya pelabuhan,” katanya.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

BERITA TERBARU