ARTIKEL

Datuk Seri Richard Riot ketika ditemui pemberita.

Pembangunan Sarawak hari ini sumbangan tidak ternilai Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Nikmat kemajuan dan pembangunan yang dikecapi Sarawak hari ini adalah hasil daripada komitmen Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kata Ahli Parlimen Serian.

Menurut Datuk Seri Richard Riot Jaem itu, mantan Yang di-Pertua Negeri yang telah berkhidmat untuk negeri ini sepanjang hayatnya telah melaksanakan terlalu banyak kemajuan serta sumbangan tidak ternilai.

“Kehilangan mantan Yang di-Pertua Negeri dan juga bekas Ketua Menteri yang berkhidmat paling lama ini sememangnya hari yang sangat menyedihkan dalam sejarah Sarawak.

“Beliau telah melakukan terlalu banyak, tidak terkira dan tidak mampu dinilai. Beliau boleh dikatakan ‘bapa’ kepada segala-galanya yang ada dan dinikmati oleh Sarawak, hari ini,” katanya.

Bekas Menteri Sumber Manusia dan juga Ahli Parlimen Serian sejak tahun 1990 itu, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Taib di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, Allahyarham juga merupakan sosok penting dalam memacu pembangunan ekonomi dan penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak termasuk Malaysia secara amnya.

Allahyarham Tun Taib, 87, menghembus nafas terakhir pada jam 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Allahyarham merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan